Susu Biolac
Susu Formula untuk tumbesaran fizikal dan
perkembangan otak bayi 
Cara Penyediaan Untuk 2 Tahun
Susu Biolac
(www.biolac.biz) |
Usia |
Susu (scoop) |
Air |
oz |
≈ ml |
0 - 3 bln |
½ |
- |
1 |
2 |
60 |
4 - 6 bln |
2 |
- |
2½ |
5 |
150 |
7 bln - 2 thn |
3 |
- |
4 |
9 |
270 |
Sila hubungi 013-9339836 (whatsapp/sms) utk tempahan
Susu adalah penting bagi bayi dan
kanak-kanak memperolehi nutrisi seimbang untuk tumbesaran fizikal dan
perkembangan otak mereka. Pada ketika ini, mereka memerlukan semua
khasiat untuk kesihatan mata, kulit, gigi dan tulang yang optimum.
Namun tanpa disedari, melalui susu juga kanak-kanak boleh terdedah
kepada bahaya seperti kewujudan melamin dan dioksin di dalam susu. Di
negara yang memiliki tenaga nuklear, sumber produk tenusu boleh terdedah
kepada bahaya bahan radioaktif tersebut. Oleh itu, selain daripada
formulasi, sumber produk tenusu juga perlu diberi keutamaan.
Keistimewaan susu BlO-LAC yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus
mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr.
Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu
tubuh khusus untuk tumbesaran. BlO-LAC formulasi Prof. Dr. Hj. Azizan b.
Ismail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun
awal kehidupan bayi. Susu BlO-LAC menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai
dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap
yang seimbang.
BIO-LAC yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini
dikeluarkan oleh Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn Bhd. Sumber
tenusu BlO-LAC diimport dan New Zealand yang sememangnya terkenal dengan
kualiti persekitaran dan penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu
ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti,
BlO-LAC memenuhi keperluan bayi anda.
Keistimewaan BTS (Garamtisu
Biokimia Schuessler) berbanding asid lemak yang biasa.
Di dalam susu terdapat asid lemak yang terdiri daripada DHA, EPA, AA dan
GLA yang perlu untuk tumbesaran tubuh dan keperluan fungsi otak. Namun,
dalam sesetengah keadaan, proses oksidasi sewaktu penyimpanan asid lemak
boleh mengakibatkan cirit-birit selepas pengambilan susu formula. Reaksi
bersilang makanan bukan sahaja akan mengganggu tumbesaran, malah turut
mempengaruhi perkembangan dan perlakuan seperti hiperaktif, kurang
konsentrasi, gangguan tidur, emosi dan perilaku yang lain.
Konsep BTS disediakan melalui kaedah penyediaan molekul yang
diperhaluskan. BTS akan diserap melalui sel epitilium lidah dan meresap
teru ke dalam sistem pengaliran darah. BTS kemudiannya akan dihantar
terus ke sel-sel yang memerlukannya, tanpa melalui proses penghadaman
seperti biasa. Proses ini berlaku dalam tempoh yang sangat pantas.
Kuantiti yang diperlukan oleh sel hanya sedikit sahaja, namun mampu
memberikan kesan yang optimum dan menyeluruh kepada tubuh.
Kalsium untuk pertumbuhan tulang yang
kuat dan gigi yang sihat.
Kandungan kalsium yang terdapat di dalam formulasi susu BlO-LAC
berperanan merangsang pembentukan tulang dan gigi bayi. Kehadiran
vitamin D3 pula membantu tubuh dalam penggunaan kalsium dan fosforus.
Istimewanya susu BlO-LAC adalah kerana BTS memiliki saiz molekul yang
sangat halus dan senario ini akan membolehkan penyerapan kalsium pada
kadan optimum tanpa melebihi had keperluan tubuh. lnsya-Allah, bayi akan
menjadi semakin aktif dan cepat berjalan kerana struktur tulang yang
semakin kuat dan sempurna. Susu BlO-LAC juga sesuai dijadikan sebagai
persediaan awal untuk melambatkan proses osteoporosis apabila menjelang
hari tua kelak.
Peranan BTS di dalam formulasi
BlO-LAC kepada otak bayi.
Sel otak sudah mula terbentuk sejak di dalam kandungan lagi dan
jumlahnya semakin meningkat menjadi jutaan di usia 2 tahun. BTS di dalam
susu BIO-LAC membantu menyuburkan dendron dan dendrit untuk mewujudkan
hubungan antara sel bagi membentuk rangkaian fungsi. Kualiti rangkaian
antara sel ditentukan dan dipengaruhi oleh rangsangan dan persekitaran
dan nutrisi. Kekuatan daya ingatan boleh dilakukan oleh BTS sebagai
nutrisi otak. Proses elektrokimia penting untuk meningkatkan keupayaan
tenaga mental. Ia memerlukan mineral seperti kalsium, kalium dan
magnesium untuk membolehkan otak melakukan proses ini yang berlaku antara
100,000 hingga 1,000,000 kali sesaat. Ciri-ciri keperluan untuk proses
elektrokimia tersebut terdapat di dalam formulasi BTS ini.
Kalsium fosfat di dalam BlO-LAC penting untuk tumbesaran yang normal. Ia
membantu pertumbuhan saraf dan otot. Keupayaan kognitif bayi boleh
dirangsang sedari awal lagi. Penyerapan maklumat berlaku dengan pantas
dan bayi cepat memberi refleks terhadap persekitaran. Garamtisu
inorganik BTS di dalam susu BlO-LAC penting untuk keperluan neuron otak.
Seperti juga Selenium dan Vitamin E, ciri-cini antioksidan terdapat di
dalam BTS berfungsi untuk meningkatkan kekebalan sistem tubuh. Ia
penting untuk memelihara kesihatan mental, mengurangkan keletihan otot,
masalah depresi dan keresahan ketika tidur.
BlO-LAC membantu meningkatkan
sistem imun tubuh.
Kebanyakan susu formulasi telah hilang unsur immunological ketika dalam
proses penghasilannya. Unsur ini penting dan berperanan meningkatkan daya
pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit. BTS di dalam BlO-LAC
membantu tubuh berhadapan dengan pelbagai stres termasuklah inflamasi,
demam mendadak, kecederaan, pendarahan, panas badan dan sebagainya.
Pengambilan susu formula BlO-LAC mampu menghindarkan bayi anda daripada
masalah inflamasi akut yang kerap berlaku di kalangan bayi seperti
batuk, sakit sendi, bronkitis, keletihan dan jangkitan kulit.
Peranan BlO-LAC dalam memelihara
sistem penghadaman.
Sistem penghadaman bayi melibatkan organ yang paling sensitif. Oleh
sebab itulah, pertukaran susu ibu kepada susu formula perlu dilakukan
secara perlahan iaitu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk membolehkan
sistem pencernaan mengadaptasi perubahan ini.
Kebiasaannya, ketika ini
akan berlaku cirit-birit atau sembelit bergantung kepada jenis susu
formula, bancuhan dan kandungannya. Bancuhan susu formula yang terlalu
pekat boleh menyebabkan sembelit dan jika terlalu cair, boleh
mengakibatkan cirit-birit.
Perubahan warna najis juga mempunyal
kaitannya dengan susu formula yang digunakan. Najis berwarna coklat
kekuningan menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam
usus. Najis berwarna hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi
yang berlebihan di dalam susu formula tersebut. Susu formula dianggap
normal selagi bayi tidak sembelit atau meragam. BTS di dalam formulasi
susu BlO-LAC bertindak mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
pembiakan bakteria baik dan memelihara sistem penghadaman. Sesuai
diminum bagi mengurangkan masalah sembelit, kembung, koliks, cirit
serta alahan.
Zat besi menjadikan anak anda
lebih sihat dan aktif.
Apabila bayi semakin membesar dan aktif, keperluan terhadap zat besi
juga akan semakin rneningkat. Simpanan zat besi yang semakin berkurangan
dalam tubuh dan kelemahan penyerapannya oleh tubuh apabila bayi meminum
susu formula boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti anemia, pucat,
lesu dan mudah diserang demam. Masalah ni dapat diatasi dengan
pengambilan susu BlO-LAC kenana sifat BTS yang halus membolehkan sel
tubuh menyerap zat besi pada tahap optimum dan efisyen. Maka, tidak
hairanlah jika kanak-kanak BlO-LAC lebih pintar, sihat dan aktif
benbanding kanak-kanak yang lain.